Pen and paper here i come...
Kekeliruan dan kerunsingan sering berlaku,
menutup segala ruang kosong yg ingin dirasai,
dimanakah letaknya kebahagian,
jika manusia sering berubah...
Dalam sekelip mata, ianya berlaku,
adanya harapan itu,
hanyalah sia-sia sahaja,
sesungguhnya manusia ini tidak akan lepas dari kencaman syaitan,
sentiasa dan akan selamanya berubah...
Sederas-derasnya ombak di laut,
begitulah derasnya permata yg mengalir,
keraguan, kerungsingan, dan kekeliruan sentiasa membelenggu,
menghantui jiwa yang kekosongan...
Kehadiran yg diadakan sememangnya tidak pernah dihargai,
dibiarkan melayu sendiri,
dibiarkan merayu sendiri,
apalah gunanya menanti,
jika diri sendiri tidak pernah dipeduli...
Dunia ibarat pentas drama bagi mereka,
kebaikan yg dilakukan bak sentuhan kecil yg tidak bermakna,
di manakah letaknya penghargaan yg ikhlas,
jika mereka masih lagi tidak berubah...
Betapa sakitnya hati, betapa bencinya hati,
Betapa geramnya perasaan, betapa hancurnya perasaan,
Manusia bertopengkan syaitan,
Bangkitlah kalian dari lamunan tidurmu,
kerana tiada kemaafan buat dirimu...
Mengapa harus mereka mempermainkan perasaan kami,
jika tidak kerana dendam...
Mengapa harus mereka hancurkan hati si tua,
jika tidak kerana hasutan...
Mengapa harus mereka mebangkitkan cerita lama,
jika tidak kerana desakan...
A reminder to all muslims:
Manusia diciptakan untuk mentaati perintah-perintahNya dan meniggalkan larangan-Nya.
Nescaya dgn itu, kamu harus sentiasa tabah menghadapi segala cubaan dan dugaan.
Seberat-berat masalah yg sedang kamu pikul itu, sentiasa beringat bahawa Allah s.w.t sama sekali tidak akan memberikan sesuatu masalah yg tidak akan dapat kita harungi.
Adanya cubaan dan dugaan ialah untuk memperkuatkan dirimu, dgn berbekalkan iman yg ada. Harungilah segala ini dgn penuh keimanan dan ketaqwaan.
InsyaAllah...
"Having problems are not the end of the world. He, she, you and i. Everyone has problems. We may not be like what we portray ourselves to others. But that doesnt allow you to let yourself into depression. We have a family, we have friends, and most of all, we have a religion. It may not be easy, but as long u are willing to try, God is willing to help you"