I would like to summarize some meaningful learning points(in malay) that i liked to share with my muslim readers from what i gained by Ustaz Hafiz's talk...
1) Setiap kali kita bersolat, janganlah lupa untuk meminta maaf kepada-Nya. Mustahil untuk seseorang, daripada pagi sehinggalah malam, tidak akan melakukan satu dosa walau sekecil manapun. Tanpa kita sedari, mesti ada satu kesalahan yg telah kita lakukan. Lantas, setiap kali sesudah solat, mintalah keampunan dari-Nya.
2) Meminta ampun untuk ibu bapa kita, sama ada yang masih hidup mahupun yg sudah tiada. Ada di kalangan ibu bapa kita dilahirkan di dalam keadaan yg jahil dan mungkin tidak dapat menunaikan tanggungjawab yg patut dilakukan. Selain membayarkan fidhyah untuk mereka(kpd mereka yg tidak berpuasa), berdoalah agar segala kesalahan yg telah mereka lakukan di hari-hari yg lepas akan dimaafkan oleh Yang Maha Besar.
3) Meminta ampun untuk sahabat-handai kita, kerana kita sebagai umat Islam, bertanggung-jawab antara satu sama lain. Jikalau ada diantara sahabat-handai kita yg lalai dan cuai dalam melakukan ibadah yg diperintah oleh Allah s.w.t, hendaklah kita peringatkan mereka. Adalah tanggung-jawab kita untuk berukhuwah sesama muslimat, dan sentiasa sebarkan ajaran Islam.
4) Meminta agar anak-anak muda sekarang akan diberikan taufik dan hidayah dalam kehidupan mereka. Jika di bulan Ramadhan ini tetap ramai jumlah jemaahnya di masjid, jumlah remaja di nightclub, pub dan orchard road masih lagi tetap ramai. Selagi jumlah anak-anak muda masih tetap ramai di tempat-tempat tersebut, adalah tanggung-jawab kita untuk memastikan mereka tidak terjerumus di kancah maksiat dan terus berpeleseran tanpa hala tujuan.
Wahai tuan-tuan dan puan-puan, jikalau Allah s.w.t hendak menimpakan balak dan bencana, Dia tidak akan sesekali meragukannya. Kita akan terbabit juga di dalam kesalahan orang di sekeliing kita. Sahabat kita, saudara kita, malah sesiapa pon yg masih lagi lalai dan cuai, selagi mereka di keliling kita, kita juga akan diseret dan terbabit di dalam balak dan bencana akibat kemungkaran Allah s.w.t. Nauzubillah Minzalik.
Ayuh, marilah kita sama-sama di hari baik, bulan baik ini, beribadah bersama-sama dan bawalah sekali rakan-rakan kita. Kunjungilah masjid-masjid yg berdekatan untuk menunaikan solat Terawih, dan sama2 kita mencari malam Lailatul Qadar yang penuh barakah insyAllah.