Sunday, October 08, 2006

No specific reason for this.
Just a story to share with my Muslimah readers.

Enjoy
:)


~~~~

Ku Cari Cinta diantara Cinta.

Cintaku kepada-Mu tidak mungkin boleh terbahagi. Aku cinta bukan kerana mengharap syurgaMu tapi murni sebagai wujud pengabdian yang tulus terlepas apapun balasan-Mu, Bukankah Rabi'ah al-'Adwiah pernah berkata:


"Tuhanku, kalau aku mengabdi kepadaMu kerana takut akan api neraka, masukkanlah aku pada neraka itu, dan besarkanlah tubuhku dalam neraka itu, sehingga tidak ada tempat lain di neraka itu bagi hamba-hambaMu yang lain. Kalau aku menyembahMu berharap mendapat Syurga, berikan Syurga itu kepada hamba-hambaMu ug lain sebab Engkau sudah cukup"


Aku hamba yg bercita-cita memiliki cinta seperti Rabi'ah al-'Adwiah, tapi kenyataannya masih jauh dari harapan, Hatiku masih tertambat pada selainMu. Tidak seperti Rabi'ah al-'Adwiah yg tegas menolak lamaran Gabenor Sofyan Ast-Tsauri kerana cintanya kepadaMu tidak mahu terbahagi. Tapi aku tetap merindui seseorang yg kini selalu mendatangi mimpiku. Ya Allah, berdosakah aku?

Ketaatan dia pada aturanMu yg menarik hatiku. Tutur katanya yg penuh hikmat telah menyentuh hatiku. Waktu dia menyampaikan ayat-ayatMu seolah aku melihat seorang arjuna tengah mengkhitbahku. Rasa cintaku bertambah terutama selesai amalan Ramadhan ketika aku tidak melihatnya sebanyak aku melihatnya pada bulan Ramadhan.

Tapi semoga Kau memahami kegelisahan hatiku. Bukankah Kau ciptakan lelaki sebagai pasangan wanita? Jika ya, izinkan aku ingin memiliki arjuna yg aku dambakan. Jika dia baik bagiku, sampaikan bisikan hatiku. Jika tidak baik bagiku, tolong lenyapkan bayang-bayang wajahnya.



"Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yg demikian itu benar-benar terdapat bagi kaum yg berfikir"
(Ar-Rum:21)



Sebagai muslimah yg taat, aku sering beristighfar waktu tak sengaja memandangnya dengan penuh rasa cinta. Dosakah aku? Bahkan secara sedar aku ingin dia memandangku. Riyakah aku? Semoga tidak. Tapi sebagai seorang wanita, rasa cintaku hanya bergemuruh di kalbu tak mampu aku ungkapkan. Atau wanita memang diciptakan untuk diam seribu bahasa ketika segundang cinta tertambat di dada?

Tapi sayang sekali gemuruh di dada itu kini harus lenyap. Cintaku pada lelaki itu harus bertepuk sebelah tangan. Sebagai hamba yg lemah, aku telah berjaya menunjukkan kelemahanku. Aku hanya boleh berharap tapi tidak boleh berbuat banyak. Aku memang bodoh, tapi aku hargai kebodohanku. Kini kumbang itu telah mengkhitbah bunga yg juga tetanggaku.

Tapi bukan bukankah khitbah bukan beerti nikah. Belum tentu pertunangan itu berlanjutan kepada pernikahan. Kerananya izinkan aku masih merinduinya walaupun di hatinya sudah ada yg lain. Tapi aku tidak mahu mendoakan agar pertunangannya batal. Aku hanya mampu berharap, Engkaulah ya Allah! Yang Maha Adil, aku siap menerima ape jua keputusanMu.

Kini di tengah kerumunan jemputan aku tak sedikit pun merasa sedih kerana aku telah siap menerima segala keputusanMu. Aku ucapkan selamat atas pernikahannya. Aku doakan semoga rumahtangganya sakinah dan dikurnia keturunann yg soleh dan solehah.

Namun cintaku pada si dia tetap tidak berubah, aku tetap mencitainya, walaupun tidak mungkin memiliknya.....

Hanya Engkau Ya Allah, Yang Mahatahu segalanya......






50 kisah motivasi benar.
Dikumpulkan oleh Luqman Iskandar.



... she says it all ...
9:44 AM



// SHE

Myself is a lady full of indecisive-ness and
purple-ness.

Love bananas, flowers and natural ambience. Always love the companion of friends, family and loved ones. Sight-seeing, writing, reading & lots more.
(:

Drop me a mail?
fiery_fara@hotmail.com

// UR TAG

// LINKS

fad | yas | marz | syira |

norishah | amalina | atirah | hedzlyn | hidayah | jannah | sallehan | syahidah | taufik |

fitri | huda | jun | saleha |

alfian | alisa | aisyah | mr katak | suliana | sis huda |



// CREDITS ]]

Hosted at Blogger
Deisgn & Layout created by

Image hosted by Photobucket.com

Concept & referenced by:
Sand Star & w4rnawarni
Editing of deisgn,layout & image:
Adobe Photoshop 7.0 and Macromedia Fireworks

Images websites:
flower
pen
journal

Other resources:
www.1001fonts.com